Program Orientasi Rakan Akademik Junior 2012


Rakan Akademik Sesi 2012/2013 telah menjalani Program Orientasi yang dirancangkan oleh Rakan Akademik Senior selama seminggu mulai 9 Ogos 2012. Sepanjang Program Orientasi tersebut, Rakan-rakan Akademik Junior telah didedahkan dengan peraturan-peraturan Bilik Akses/Pusat Sumber Pra-U, proses peminjaman dan pemulangan buku, merekod buku- buku baru dan pengurusan Bilik Akses dari aspek kebersihan, menyampul buku dan menukar alas meja.