Sejarah Penubuhan Bilik Akses/Pusat Sumber Pra-U

Bilik Akses/Pusat Sumber Prauniversiti SMKDPB mula ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2010. Sebelum penubuhannya, bilik ini telah digunakan sebagai Bilik Komputer Prauniversiti. Bagi menaiktarafkan fungsi Bilik Komputer tersebut, pelbagai kemudahan lain disediakan seperti rak-rak buku, meja, buku-buku rujukan dan papan tulis khusus untuk memberi kemudahan kepada para pelajar prauniversiti.
Kebanyakan buku yang terdapat di Bilik Akses ini merupakan sumbangan panitia-panitia matapelajaran, perpustakaan SMKDPB dan individu yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran dan pelajar.
Dalam usaha penubuhan Pusat Sumber ini, Puan Nurullashikin binti Hj. Ree dan Cik Siti Aida binti Muri memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penambahbaikan tersebut.