Selamat Datang ke Bilik Akses / Pusat Sumber Pra-U SMKDPB
Mesyuarat Rakan Akedemik tahun 2013
Suatu Mesyuarat AJK Rakan Akademik Sesi 2013 telah
diadakan di Bilik Akses Pra-U pada 9 Jan 2013 (Rabu) pada pukul 10a.m. Mesyuarat tersebut turut dihadiri Cik Siti Aida Muri & Pn. Yusmi Abu Bakar (Guru Penyelaras) dan AJK Rakan Akademik .
Puan Yusmi sedang memberi taklimat kepada Rakan Akademik |
Rakan Akademik menumpukan sepenuh perhatian semasa taklimat Cik Yusmi |
Guru Penyelaras Pusat Sumber SMK Dato Penggawa Barat Puan Yusmi & Cik Aida |
Peperiksaan STPM Bermula!!!
Kami dari warga Rakan Akademik mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 6 Atas yang akan menghadapi Peperiksaan STPM TERMINAL 2012 pada 19 NOV 2012 dan juga Tingkatan 6 Bawah yang menghadapi STPM PENGGAL 1 2013 pada 5 NOV 2012. Kami doakan agar anda dapat jawab dengan tenang.
Semoga Berjaya!!
Jamuan Akhir Tahun Rakan Akademik Senior 2012
Jamuan Akhir Tahun bagi Rakan Akademik Senior 2012 telah diadakan pada 24 Oktober 2012 (Rabu), di TomYam Mas, Pontian Besar pada pukul 6 petang. Jamuan ini diadakan adalah untuk menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh semua Rakan Akademik Senior sepanjang tahun.
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu Sesi 2013
Suatu Mesyuarat Pelantikan AJK Baharu Rakan Akademik Sesi 2013 telah diadakan di Bilik Akses Pra-U pada 24 Oktober 2012 (Rabu), pukul 1:00 p.m. Mesyuarat tersebut turut dihadiri Cik Siti Aida Muri (Guru Penyelaras), Rakan Akademik Senior dan Rakan Akademik Junior. Dalam mesyuarat tersebut, AJK Rakan Akademik bagi tahun 2013 telah dipilih dan dilantik. Para ahli jawatankuasa yang baru dilantik diharap dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Senarai AJK baharu adalah seperti berikut:
Aktiviti Memproses Buku
Pada 12&19 Oktober 2012, Rakan Akdemik Junior telah diminta untuk 'stay back' bagi mengemaskan Bilik Akses dan memproses buku baharu. Buku-buku lama di rak buku telah dikeluarkan untuk digantikan dengan buku-buku baharu. Para Rakan Akademik telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya semasa menjalankan tugas.
Jadual Bertugas Rakan Akademik Junior 2012
Setelah menjalani program orientasi, Rakan Akademik Junior telah mula menjalankan tugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Rakan Akademik Junior diharap dapat menjalankan tugas dengan penuh taggungjawab mengikut jadual bertugas.
Program Orientasi Rakan Akademik Junior 2012
Rakan Akademik Sesi 2012/2013 telah menjalani Program Orientasi yang dirancangkan oleh Rakan Akademik Senior selama seminggu mulai 9 Ogos 2012. Sepanjang Program Orientasi tersebut, Rakan-rakan Akademik Junior telah didedahkan dengan peraturan-peraturan Bilik Akses/Pusat Sumber Pra-U, proses peminjaman dan pemulangan buku, merekod buku- buku baru dan pengurusan Bilik Akses dari aspek kebersihan, menyampul buku dan menukar alas meja.
Subscribe to:
Posts (Atom)